Nukilan -
Raihanah
Syafiqah Ridzuan, Nur Farhana Mohd. Kamarulzaman & Nur Fadilah
Abdullah
SIAPAKAH PENGUBAH DUNIA?
Duhai anak bangsa
pendokong agama,
Adakah kau
lupa,
Kegemilangan
kita suatu masa dahulu?
Dimana kita
menguasai dua per tiga dunia
Termasuk timur
barat dan juga nusantara
Begitu gah
melawan musuh agama
Seperti sang
singa menerkam mangsanya.
Namun, sinar
kegemilangan itu kian pudar,
Ditelan dek
kerakusan duniawi,
Sehingga sang
musuh menguasai,
Pelbagai agenda
dirancang mereka,
Untuk
memusnahkan kita,
Tanpa kita
sedar dalam sedar.
Ayuh,
bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Lihatlah dirimu
dan pandanglah sekelilingmu,
Masihkah nafsu
yang kau sembah?
Atau hiburan
menjadi santapan?
Atau peranan
khalifah menjadi kayu ukur?
Dunia kian
tenat,
Adakah kau
hanya mahu melihat?
Atau menjadi
penggoncang dunia?
Wahai pemuda,
Ayuh berdirilah
di atas kaki mu,
Melawan musuh
yang kian berkuasa,
Lawanlah dengan
mata pena bukannya mata pedang,
Kerna mereka
menyerang menggunakan ideologi,
Lawanlah dengan
berlandaskan al-quran dan as-sunnah,
Bukan melawan
menggunakan akal semata-mata
Ayuh,
bangkitlah dan lawanlah musuhmu,
Kerna dunia
memerlukan mu,
Untuk mengubah
kearah jalan yang benar,
Dan merawat
luka yang kian parah
Jangan biarkan
musuh menguasai kita lagi,
Biar kita meguasai mereka kembali![]() |
Kredit foto |
0 comments:
Post a Comment