Seminar Zero to Hero di UniSZA mendapat sambutan hangat

Kuala Terengganu- Pada 23 Jun 2012 yang lalu, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Universiti Sultan Zainal Abidin telah mengadakan Seminar Zero To Hero. Program yang berbentuk motivasi ini telah berlangsung selama satu hari.



Slot ‘Start From Zero’ yang disampaikan oleh Encik Mohammad Nor Bakri bin Shafe telah menarik minat para peserta terutamanya pada permainan memecahkan belon, sebagai simbolik membuang segala sifat dan fikiran negatif yang ada dalam diri. Jurutera Petronas lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Universiti of Melbourne Australia ini turut mengingatkan bahawa setiap manusia yang dilahirkan adalah hebat dan secara fitrahnya manusia memang HEBAT!

Oleh yang demikian, mahasiswa dan mahasiswi muslim perlu cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukan termasuklah kebahagiaan rumahtangga, pekerjaan yang berkat, pelajaran yang cemerlang dan juga rohani yang mantap tegas Dr. Nujaimin bin Udin. Beliau yang merupakan  Pakar Bedah Saraf dan Otak dan juga Pensyarah Kehormat Universiti Sultan Zainal Abidin turut memberikan panduan untuk mencapai kejayaan dalam slot ‘Principle of Success’.

Sesi latihan dalam kumpulan (LDK) telah diadakan untuk menilai  kefahaman para peserta tentang pengisian yang diberikan. Para peserta mendapat pengalaman secara praktikal bagaimana mahu menjadi HERO seperti yang dikehendaki oleh Islam.

Program yang julung kali diadakan ini di akhiri dengan ucapan saudara Mohd Ikram bin Zulkipli, presiden PEMBINA UniSZA dan disempurnakan majlis penutupannya oleh Ustaz Razali Bin Musa, Ketua Jabatan Usuluddin UniSZA. PEMBINA UniSZA berharap agar para peserta dapat menjadikan program ini sebagai titik permulaan dan motivasi untuk menjadi seorang Muslim yang HEBAT!

Urusetia dan peserta belia




peserta beliawanis



Meneraju Arus Mahasiswa

               
Media,
PEMBINA UniSZA