Hembusan Setekad Pembina




Sudah sepuluh tahun,
Kau mencungkil nama,

Di persada dunia,
Dalam mendidik jiwa anak bangsa,
Agar kembali kepada fitrah beragama,
Pada pandangan mata semua..
Bersama-sama dalam mengegakkannya,

Hembusan sedekad pembina,
Seperti lembutnya tarbiyah diri,
Seperti hembusan angin pantai,
Lembut menampar pipi,
Dari dugaan yang melanda diri,
Dalam mendidik hati,
Agar kental seperti tembok di pantai,
Agar tidak terhakis mati,
Untuk menghalang ombak pantai,
Bukan untuk seorang diri,
Tanpa sempat menyelamatkan diri.. Hembusan seruan pembina, Mendidik diri, Agar kuat untuk berdiri,
Selepas jatuh berkali-kali,
Tetapi dalam satu jemaah kini, Dalam menghadapi ujian Ilahi, Agar tidak rebah seorang diri, Kerana mungkin sukar untuk kembali,
Membina semangat waja,
Namun teman solehah setia disisi, Memberi sokongan pada diri, Untuk terus berdiri.. Setiap hembusan pembina, Pada setiap pemuda dunia,
Dengan pemerintah yang setia,
Agar menjadi khalifah dunia, Yang jujur dan setia, Dalam membangkitkan sistem islam dimata dunia, Seperti zaman khalifah yang terkemuka, Dalam memikul amanah semua..
Yang seakan khalifah dulu mara ke pelusuk dunia,
Hembusan Sedekad kita, Semacam liku hidup pengembara, Pengembaraan ini telah jauh kita hadapi bersama , Boleh jadi juga pelayaran yang telah singgah di beberapa kota, Demi mengibar panji agama.
Semangat ini tidak sama sekali akan diakhiri,
Dan andai nafas ini ditarik dihembus berulang kali, Sudah pasti semput dan lelah barang kali, Tapi perlukah pemuda semuda itu reput sebelum luput menanti? Tidak..!! Sedekad bukan sehari,
Proses pembangunan diri pemuda Pembina,
Jangan terduduk setelah berlari, Gagahi misi, Perjuangkanlah visi. Jangan!!!
Tapi membakar, menyemai, mengasak azam yang ada!!
Jangan biar hembusan sedekad ini melenakan kita, Akan terus berlangsung jua,
Biar musuh keluar daripada persembunyian mereka,
Moga besarlah jiwa pemuda Pembina, Hakikat jalanan hadapan ini bukannya rata, Menangis boleh pemuda, Tapi jangan terdiam lama, Kerna medan sudah tersedia, Hanya tunggu suaramu mengegarkan dunia, Menampakkan kebatilan yang ada,
Bangkitlah seperti bangkitnya jiwa imam Hasan al-Banna,
Dan kita tegakkan kebenaran yang sebenarnya. Biar hembusan sedekad bersama Pembina, Membuahkan beribu makna, Menjiwai bangsa yang merdeka. Ayuhlah, Bangkitlah, Majulah, Wahai pemuda pemudi pembina sekalian, Usahlah bertangguh lagi,
Didalam setiap lubuk hati nurani..
Bangkitlah seperti jiwa Umar al-Khattab, Usahlah bermalas-malasan lagi, Islam perlu diperjuangkan, Kalimah Allah perlu ditegakkan, Dakwah Rasulullah perlu diteruskan,
Agar islam terus bersemi,

Karya oleh:
Ukhti Zati Hulwani
Mantan Setiausaha Pembina UMT

dan

Ukhti Ainul
Mantan Biro Tarbiah Pembina UniSZA