Tahniah mahasiswa dan mahasiswi yang terpilih!


PEMBINA UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya terpilih untuk menyemat 'nametag' mahasiswa di dada anda. Bagi yang tidak terpilih, rezeki untuk menuntut ilmu ada di mana-mana. Manfaatkan teknologi terkini dan gajet canggih untuk menimba ilmu.

"Katakanlah (kepadanya): adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yg berakal sempurna." Al-zumar: 9

Buat bakal mahasiswa,

Sematlah kata-kata Imam Hasan al-Banna yang mana sesuatu gagasan akan berjaya dengan adanya pendokong yang yakin, ikhlas, membara semangatnya dan sedia berkorban untuk merealisasikan gagasannya itu.

Begitu juga kamu. Kamu akan berjaya menyempurnakan matlamat hidupmu hanya dengan 4 ciri unik itu. Selamat menempuh cabaran di dunia baru sebagai seorang mahasiswa. Bijaklah mencari teman kerana teman adalah cerminan kita!

Wallahu 'alam.


Nur Farhana binti Zali
Ketua Beliawanis
PEMBINA UNISZA