Alam universiti: Satu fasa penting


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dan sekalung tahniah diucapkan kepada bakal mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya dalam permohonan UPU kemasukan ke IPT sesi 2014/2015. Alam universiti merupakan satu fasa yang penting dalam hidup kerana pada waktu itulah para mahasiswa dan mahasiswi dapat mengenal hakikat kehidupan bermula dengan diri sendiri tatkala mula berjauhan dengan keluarga dan mengenal sahabat yang baru.

Memasuki alam universiti bukan semata-mata tempat untuk menyibukkan diri dengan menuntut ilmu serta mengejar keputusan peperiksaan yang baik malah ia juga sebagai tempat bagi mahasiswa dan mahasiswi melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti persatuan yang boleh membantu membangunkan sifat jati diri seorang belia muslim yang sejati berlandaskan fahaman Islam yang syumul. Justeru, dapat membantu mahasiswa dan mahasiswi dalam pemantapan dan mempersiapkan diri untuk menempuh cabaran semasa di alam universiti dan selepas tamat pengajian nanti. Selain itu, mampu menangkis dan tidak mudah terpengaruh dengan fahaman dan budaya yang tidak sihat.

Dimana hasilnya nanti, akan mampu melahirkan belia Islam dan kepimpinan mahasiswa yang beragenda serta dapat membantu keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Wallahualam.


Ahmad Saifuddin bin Khalid
Pengerusi Pembina UMT