Perjuangan baru bermula



Assalamualaikum wbt.

Tahniah diucapkan kepada bakal mahasiswa dan mahasiswi kerana terpilih melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di Institut Pengajian Awam khususnya di Kuala Terengganu.

Menuntut ilmu adalah merupakan kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh setiap pemuda dan pemudi Islam. Dengan ilmulah, kita mampu membezakan perkara yang hak dan batil.

Dengan ilmu jugalah, kita mampu mengangkat kembali maruah agama, bangsa dan negara kita. Pencapaian ini telah dibuktikan oleh generasi-generasi umat Islam dahulu, mereka mampu menempatkan kelompok mereka sebagai pusat penyebaran ilmu di persada dunia, seperti di zaman Bani Abbasiyyah. Daripada sini juga mereka berpotensi melahirkan para sarjana dan ulama yang menjadi pengasas kepada segala ilmu agama, sains, kesusasteraan dan sebagainya. Inilah sebenarnya sumbangan dan cita-cita yang perlu direalisasikan oleh mahasiswa dan mahasiswi Islam pada masa kini. Oleh itu, perbetulkan serta ikhlaskan niat agar segala amal adalah kerana Allah SWT dan untuk kepentingan Islam itu sendiri.

Kami di PEMBINA Kuala Terengganu sangat mengalu-alukan kedatangan mahasiswa-mahasiswi baru ke IPTA khususnya di Kuala Terengganu ini. Kami bersedia untuk membantu anda semua untuk menjadi seorang individu harapan ummah dengan 5 pakej program kami kepada ahli-ahli yang baru PEMBINA; Pakej Tarbiyyah, Pakej Kepimpinan, Pakej Bakti, Pakej Rekreasi & Pakej Media. In Shaa Allah.

Jazakumullah Khair.


"Meneraju Arus Mahasiswa'


Mohamad Azran Faris bin Mohamad Azemi
Pengerusi Cawangan PEMBINA KT