Hidup Pada Memberi




Dalam konteks seorang mahasiswa terdapat beberapa pemberian yang dapat kita lakukan dengan mudah. Antaranya   adalah  bersedekah. Para ilmuan ada mengatakan bahawa sedekah yang paling afdaadalah sewaktu kita merasa kedekut dan merasa tidak cukup dengan kurniaan Allah berbanding ketika merasa tidak memerlukan wang ataupun ketika harta melimpah ruah. Sedekah bukan hanya memberi duit semata-mata tetapi sedekah itu sifatnya menyeluruh termasuklah mengorbankan masa ataupun tenaga untuk membantu orang lain. 

Oleh itu sebagai seorang mahasiwa kita mestilah bersikap prihatin terhadap masyarakat di sekeliling. Apabila mereka dilanda kesusahan,  kita telah bersiap sedia untuk menghulurkan bantuan.

Terdapat suatu kisah tentang penghargaan Allah bagi orang yang suka memberi iaitu kisah seorang umat pada Nabi Musa.

Kisahnya bermula apabila seorang umat Nabi Musa yang hidupnya sangat miskin sehinngga pada suatu hari dia datang bertemu dgn Nabi Musa dan meminta Nabi Musa berdoa kepada Allah supaya menjadikannya seorang yang kaya. Allah memakbulkan doa Nabi musa. Allah memerintahkan Nabi Musa bertanyakan samaada dia mahu menjadi kaya 50 tahun pertama atau 50 tahun terakhir kerana umurnya hanya tinggal 100 tahun sahaja lagi.Umat Nabi Musa tersebut memilih untuk menjadi kaya 50 tahun pertama kerana tak sanggup lagi untuk menjadi miskin.

Apabila Allah memberikan kekayaan kepadanya, dia memberi bantuan kepada orang-orang yang miskin dengan cara membeli keperluan harian di gudang miliknya yang mempunyai banyak pintu. Tetapi orang-orang miskin mestila mematuhi syarat iaitu hanya boleh mengambil keperluan untuk hari tersebut sahaja dan mesti keluar dan masuk melalui pintu yang berbeza. Setiap hari keperluan harian akan di tambah dari semasa ke semasa.

Kekayaannya terus bertambah dari hari ke hari. Dia juga tidak pernah lupa untuk  terus memberi dan menolong orang miskinPada suatu hari barulah dia sedar bahawa tempoh 50 tahun yang dijanjikan Allah telah terlebih 5 tahun. Maka datanglah dia datang bertemu Nabi Musa untuk bertanya Nabi Musa mengapa Allah memberi kekayaan melebihi 50 tahun daripada janjinya. Maka Allah memberitahu kepada Nabi Musa bahawa Allah malu untuk menarik balik kekayaan hamba tersebut kerana Allah hanya membuka 1 daripada 300 pintu rezeki kepadanya  tetapi dia telah membuka beribu pintu rezeki kepada umat miskin yang lain.

Selain itu, sifat pemurah yang ditunjukkan oleh junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w juga patut dijadikan contoh. Rasulullah memberi makan kepada seorang pengemis yahudi walaupun pengemis yahudi tersebut  sentiasa mengutuk baginda. Setiap pagi Rasulullah SAW akan mendatanginya dengan membawakan makanan dan menyuapkan pengemis itu tanpa berucap sepatah pun. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sehingga baginda wafat.


Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan kepada pengemis Yahudi buta itu sehingga Abu bakar bertanyakan kepada Aisyah tentang sunnah Rasulullah yang dia belum lakukan. Setelah mendapat maklumat daripada Aishah, Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu.  Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. 


Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik,

"Siapakah kamu?".

Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya. 


Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW". 
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata,


 "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia, "


Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi seorang muslim

Rasulullah adalah contoh tauladan yang patut kita contohi. Allah menyanjung akhlak Rasulullah dalam  firmanNYA yang berartinya: 

“Dan sesungguhnya engkau ( Muhammad) benar-benar berakhlak yang agung.” (Al-Qalam 4)

Hidup untuk memberi amatlah bermakna dalam kehidupan. Walaupun mungkin pada mulanya pemberian itu nampak tidak dihargai, lambat laun pasti ia akan meninggalkan kesan pada hati sanubari dan diri seseorang.

 Bak kata pepatah “ Jadilah seperti pokok kurma, walau dilontar dengan batu, namun ia tetap memberikan buah yang manis dan kebaikan pada hidupan sekeliling”.

Itulah sifat yang perlu ditanam pada diri setiap mahasiwa. Ayuh mahasiswa kita mulakan langkah tahun baru dengan azam yang baru iaitu hidup untuk memberi seperti Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud :

"Tangan yang menghulur adalah lebih baik daripada tangan yang menerima"




Sumber :


Disediakan oleh
Roziah binti Ghazi
Bendahari
PEMBINA Kuala Terengganu