BERITA : Retreat JKPO 2015; Memperkasa organisasi, mengakar dakwah stratergik.


Oleh Najihah Muhd Munzafar

HULU LANGAT, 17 OGOS 2015 - "Memperkasa organisasi, mengakar dakwah stratergik", demikianlah tema retreat Jawatankuasa Pembangunan Organisasi (JKPO) baru-baru ini.

Barisan JKPO cawangan bergambar kenangan bersama Presiden PEMBINA

Retreat sehari yang berlansung di pejabat ISMA daerah Hulu Langat ini telah mengumpulkan JKPO cawangan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) seluruh Malaysia. Umumnya, retreat ini bertujuan menilai kembali prestasi pembangunan organisasi PEMBINA di universiti awam dan cawangan.


Buat julung kalinya, PEMBINA cawangan Kuala Terengganu  telah diberi kepercayaan untuk berkongsi pengalaman dalam pengurusan cawangan sebagai panduan buat JKPO cawangan lain yang turut hadir. Semoga perkongsian dan perbincangan yang telah dilakukan dapat meningkatkan mutu kualiti amal pembangunan organisasi PEMBINA di seluruh Malaysia.


JKPO PEMBINA KT sewaktu menyampaikan presentation slide 'Pengurusan cawangan'






Berkesempatan menghadiri haflah Aidilfitri ISMA pusat.

Bagi mahasiswa yang berminat untuk mengasah bakat aktivisme dan kepimpinan, PEMBINA adalah medium yang terbaik untuk anda. Jika berminat untuk menyertai boleh hubungi cawangan PEMBINA yang terdekat. Bagi yang tinggal atau belajar di sekitar Kuala Terengganu hubungi kami di laman Facebook PEMBINA KT https://www.facebook.com/pages/PEMBINA-KT/363431680356894?fref=ts atau layari www.pembinakualaterengganu.com untuk pendaftaran secara atas talian.