ROHINGYA!! Sedar? Atau masih Terlena..


TAHUKAH ANDA!!

Seramai  1.5 Juta  etnik Rohingya yang dibunuh dan dibuang daripada Burma sejak daripada tahun 1942 lagi. Seawal tahun 1942 juga, terdapat lebih kurang 200,000 etnik di Burma tetapi kini yang tinggal hanyalah sekitar 100 lebih sahaja.


Jika diselidiki siapakah di sebalik Kerajaan Burma yang menjalankan etnik cleansing ke atas muslim Rohingya maka jawapan yang ada terbukti bahawa majoriti daripada kerajaan dan tentera adalah  daripada etnik Maghs. Mereka bukanlah penduduk asal Burma. Mereka ini berhijrah ke Burma dalam sekitar 1200-1500 tahun yang lepas. Asal usul bahasa mereka adalah Sino-tibetan dan merupakan susur galur dari keturunan Yunnan yang bermigrasi daripada China. Etnik Maghs telah menduduki tanah Arakan sehingga berjaya memerintah tanah tesebut.

Kredit
Pada tahun 1982, mereka telah membuat satu proses Burmanization dan memperkenalkan identiti mereka sebagai Burman. Proses Burmanization ini bertujuan menghasilkan satu asimilasi agama, etnik, budaya, masyarakat dan sejarah etnik-etnik Myanmar ini sebagai satu kaum dengan satu bahasa dan agama. Identiti bangsa adalah Burman dan identiti agama adalah Buddha. Sebagai tambahan kepada identiti tersebut, pada tahun 1961, kerajaan Burma telah mengisytiharkan Buddhism sebagai state religion tanpa mengambil kira etnik majoriti lain seperti  Rohingya yang beragama Islam dan Kachin yang 90% beragama Kristian.


Mana-mana etnik yang cuba menolak asimilasi identiti ini maka mereka perlu berhadapan dengan penghapusan etnik. Dalam pada itu, proses ini secara tidak langsung menetapkan satu pemaksaan prinsip-prinsip de-muslimazation kepada etnik Rohingya. Ataupun dengan kata lain, kalau ingin kekal di Burma maka tolong murtad! Ini bertentangan dengan prinsip agama Islam dan Rohingya terpaksa menolaknya. Hasil penolakan oleh etnik Rohingya terhadap Burmanization dan de-muslimization ini, maka kerajaan tentera tempatan yang dipenuhi oleh etnik Maghs telah menjalankan satu proses yang dinamakan Rakhine Pyi pada tahun 1974 dengan memberi taraf kerakyatan kepada etnik Maghs yang beragama buddha di Arakan dan tidak mengikritaf kerakyatan etnik Rohingya.


Perspektif kejadian di Burma perlu dilihat dari kerangka bangsa dan agama. Ia adalah racism dan itulah hakikat sebenarnya. Perspektif ini sering dinafikan kerana dikatakan sebagai satu perspektif yang negatif dan pesimis. Namun begitu, perspektif inilah yang mendasari umat Islam di Palestine, di Burma, di China, di Thailand, di Filipina dan mana-mana pelosok dunia yang mempunyai pembantaian ke atas umat Islam.

Bagaimana dengan  kita di Malaysia? Sensitif , sedar atau masih terlena diulit mimpi.  Usah dianggap nasib malang yang menimpa mereka  sebagai musibah semata-mata..Lihatlah hikmah yang ada disebaliknya agar kita lebih bermuhasabah. Jika orang Melayu Islam di Malaysia tidak bersatu, berhati-hati dan bersungguh menjaga kuasa dan keharmonian negara, maka tidak mustahil kejadian yang berlaku pada Rohingya berlaku juga di Malaysia.

Rujukan :
Unit Kajian Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Biodata penulis :
-Azizan Bin Mohd
-Berasal dari Kemaman 
-Timbalan Pengerusi PEMBINA cawangan Kuala Terengganu. 
Status :
Sudah berkahwin & mempunyai sepasang cahaya mata. 

Penulis (kanan) bersama staf di Klinik Kesihatan Seberang Takir.
Kerjaya:
-Pegawai Farmasi di Klinik Kesihatan Seberang Takir, K. Terengganu 

Latar belakang pendidikan:
- Bc Hons Universiti Sains Malaysia
- MRSM Kuantan