PEMBINA turut serta lancar kempen ‘Bulan Kemarahan Ummah’ Ahad ini


BANGI, 9 Ogos – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) turut serta akan melancaran kempen ‘Bulan Kemarahan Ummah’ selama sebulan sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap krisis perang yang berlaku di Gaza.

Kempen yang dianjurkan oleh Aman Palestin Berhad turut mendapat kerjasama dari dari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan NGO-NGO Islam yang lain.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Awang Sufian Awang Piut, ‘kemarahan’ yang digunakan adalah untuk mengambarkan kebangkitan rakyat Malaysia terhadap sifat kebinatangan Israel yang menyasarkan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Apatah lagi peperangan tersebut adalah secara berat sebelah menerusi bantuan terang terangan Amerika untuk menindas penduduk Gaza.

Justeru, kempen ini kelak akan dilakukan secara besar-besaran untuk menyampaikan rasa benci pada kepada Israel dengan cara kempen jalanan dan kempen media.

“Kempen jalanan akan digerakan semua NGO yang terlibat dengan mengunakan bahan-bahan yang disediakan oleh pihak Aman palestin seperti flashmob produk boikot di outlet mereka , protes di kedutaan, kumpulan nasyid, Protes di kawasan tol dan lain-lain.

“Manakala kempen media pula akan digerakkan melalui laman sosial dan web seperti penulisan artikel, poster, karikatur, logo, petition online 1 juta bersama Gaza dan lain-lain,” katanya ketika dihubungi.

Pelancaran itu akan diadakan Ahad ini, 10 Ogos di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Seluruh belia termasuk warga kampus diseru untuk hadir bagi menzahirkan sokongan.


Sumber: PEMBINA